Friday 27 January 2012

KEMBARA UKHWAH BANI SULAIMAN

Tanggal 21 Jan  2012  ...seAwal  jam 10.00  pagi  3 kenderaan yang dipandu oleh Nasir suami Rohani  , Saifuddin suami Kimah dan Din Suami  Na Mak Da  bertolak ke Cameron Highland...
 Kata orang  pasukan peninjau atau selaku URUSETIA INDUK PROGRAM  mesti bertolak  Awal... bagi mempastikan  semua akan berjalan lancar...   Merangkap  penaja utama penginapan  kembara pada kali ini


Felda Aring  berhati-hati..
perjalanan  ke Cameron
Bergambar di Rumah tumpangan  di Ipoh

Berbincang dan Tunggu kenderaan di belakang
,

Rumah tumpangan di Tanah RATA

Rehat di Santuari GAJAH 



Makan dai MASJID GUA MUSANG
Bersama PAk Teh MAT
Bersiap nak ke MASJID
Majlis Akad di MASJID Sg Rokam

Jamu mata


kepenatan
Jalan kaki ronda Tanah RATA


Mesyuarat AJK  utk tindakan esok (23 jan )

Mereka yang terlibat pada Kembara dan Walimah  adalah
1-Abang  Mat , kak Dah  sekeluarga
2- Bidi serta Isteri
3-Azhar sekeluarga
4- Rozita Mohd sekeluarga

Hadapan rumah tumpanan 2
5- Sakimah  Pudin sekeluarga
6- Ana Din sekeluarga
7- Saha dan Uyu sekeluarga

 8- Rohani Ibrahim sekeluarga
 9- Norfazidah Ibrahim serta keluarga
10- Baiyah Awang sekeluarga
11- Rozita Awang sekeluarga
Berhenti Sntuari Gajah
 12- Noraisyah , adanan sekeluarga
13- Ayahda dan Tok ma
14- Ismail Alias sekeluarga
14- Khir dan keluarga
15- Cik Su serta keluarga
16- Rasyid Nida dan keluarga
Bermesra dengan anak GAJAH
Ziarah Muhibbah rumah Juru Nikah
 17 - Kak Jarah abang Zul Sekeluarga
 18-  Hafiz  Zulkifli sekeluarga

Di Hadapan Banglo Tumpangan


Ladang strawberry.. petik dan Bayar

Perjalanan balik di Tasik Kenyir
Terima kasih Norizah buat hantaran

Gambar Kenangan bersama pengantin

Singgah masa balik

dari belakang Heritage Hotel


Penat membeli dipasar MALAM

Bunga matahari pun comel

 Kembara UKHWAH 01 Bani Sulaiman... bertujuan  bagi mengeratkan pertalian kekeluargaan .....
Doa dan bantuan kewangan  , pengorbanan masa , tenaga serta wang ringgit yang disumbangkan  bagi menjayakan kembara pada kali.. penganjur sangat-sangat berbesar hati dan HANYA ALLAH JUA YANG MEMBALASNYA...  Insyaallah...

Sepanjang 3 hari 2 malam   terdapat banyak  kelemahan dan kekurangan  yang  dirasai...  Pengalaman pertama  mengajar kita segalanya... dan ianya boleh di atasi bersama di masa akan datang.. Penganjur memohon berbanyak maaf kepada sanak saudara  yang terlibat...

Sebarang cadangan kearah kebaikan amat lah dialu-alukan  bagi  mencantikan pertalian kekeluargaan bani SULAIMAN......

........KEMBARA   UKHWAH
       SETERUSNYA PADA MEI 2012  .... WALIMATUL URUL  AIZUDDIN ZULKIFLI

Thursday 26 January 2012

PENCARIAN MENANTU SULONG

1- FASA PENGENALAN   4 April 2011

Allah iIham kepaa kmi  untuk ke Kelang sekali gus  menghantar  anak ke 4 daftar masuk Kolej Islam Sultan Alam Shah ... seleps tengahari dari Kelang terus ke  UIA dan Along ... disitu  bermula Taaruf ..

Ukhwah terjalin seSaMa adik beradik

FASA KE DUA   PERUNDINGAN  DENGAN  PENJAGA

       KAMi  mengHadir  Muktamar di Gombak  4 Jun 2011.. Selepas Ucapan Dasar oleh YB Dato Presiden... kami sekeluarga berehat di Shah Alam dan tidor di sana.  Kakak yang baik hati .. memberi panduan kasar untuk ke Ipoh sebab sebelum beliau menyewa rumah  di Taman Cempaka .Ipoh.... Seawal        7.00  pagi  kami bertolak ke Sg Rokam...
       


Taaruf ringkas  dan aluan-aluan oleh  Abang Mat

                                  ...berkhutbah  TUnang panjang ,dan akhirnya  kita putus dapat dicapai..

Kami bertolak ke Simpang Pulai  Jam 1.00 tengahari , selepas makan tengahari bersama Daniel Yusof sebagai Juru pandu kami pada hari berkenaan.

Banyak kenangan dan perbincangan sepanjang kami ke Gua musang ... kami mngambil peluang melepas HAWA... dan tenang fikiran  di MASJID ...... sebelum Tanah RATA

Selepas Jamak Zuhor dan Asar  kami menjamu mata melihat Bunga-bungan dan membeli sedikit buah tangan utk di bawa pulang..

Kembara diteruskan Gua Musang berjalan lancar ..  Felda Aring 6.. Jalan terlalu  teruk ... lopak dalam , pecah .... dinasihatkan agar ditutup waktu malam sebab boleh mengundang kerosakan pada kenderaan..




Kami tiba di Santuari Gajah sebelum waktu Isyak .

Selepas  Solat  kami sempat jugak bergambar dgn SURIA
 \Syukur ketika itu seuua anak-anak tidak mabuk dalam perjalanan... tiada ganguan kepada pemandu semasa  pemanduan.






FASA AKHIR..

Melalui FB dan group bani Sulaiman dan AKAAR.. OCT 2011   kami hebahkan tujuan dan maksud untuk ke IPOH semasa Cuti RAYA cina 2012...Alhamdulillah dengan  doa anak beranak dan adik beradik kami  10 buah  kenderaan berkumpul  dan  bermalam di Tanah Cameron Highland . Penaja utama penginapan  pada malam itu Saifuddin dan " Din ana " ... JAZAKUMULLAH
3 kenderaan  tidor di Teluk Intan  dan   1 kenderaan  menginap di Kuala Sepetang.. Rozita dan Azhar datang pagi dari Pulau Pinang.. sementara  kak Jarah , Hafiz ,Bidi ,  Baiyah dan Shida bertolak pagi dari Shah Alam dan Sg Buluh.

18 buah kenderaan melibatkan 23 keluarga saudara masa hadir semasa  majlis akad NiKAH  ALONG ... Teruja sangat  dan tak terkata  NAK UCAPKAN terima kasih kepada SEMUA...Pengorbanan MASA tenaga dan wang ringgit tak terbalas..

                               majlis AKAD nikah oleh Tim Pendaftar USTAZ YUSOF

                                              Gambar kenangan untuk keluarga

Gambar  anak "  terakhir"  Naqeeb dan menantu terakwal Sulong  Iffah nabilah

SEMUGA BAHTERA YG DIBINA MENJADI PERTAUTAN ANTARA KEDUA KELUARGA
AGAR SENTIASA ERAT TERJALIN.. amin

Friday 9 September 2011

IKATAN PERSAUDARAAN JAMBATAN KE SYURGA


Persaudaraan dalam Islam adalah suatu jalinan aqidah yang menghubungkan umat Islam antara satu sama lain. Ia juga ada kaitan dengan jalinan erat untuk bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

Firman Allah bermaksud:
 "Dan orang yang menempati Kota Madinah dan beriman (Ansar) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka mengasihi orang yang berhijrah kepada mereka. Dan mereka tidak menaruh keinginan di dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (orang Muhajirin) ; dan mereka mengutamakan (orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan. Dan sesiapa yang dipelihara kekikiran dirinya mereka itulah orang-orang yang beruntung." (Surah al-Hasyr : ayat 9).

Persaudaraan sesama muslim adalah ikatan iman paling erat seperti yang dinyatakan Rasulullah di dalam hadis bermaksud: "Ikatan iman yang paling kuat ialah berkasih sayang kerana Allah dan marah kerana Allah."

Daripada perspektif Islam, persaudaraan satu sendi yang menjadi tunjang dalam usaha memperkuatkan binaan masyarakat Islam dan mengeratkan hubungan antara penganutnya. Persaudaraan atas dasar iman sentiasa dijadikan keutamaan di dalam nasihat-menasihati, memberikan khidmat, berkorban dan mengutamakan saudaranya melebihi dirinya sendiri.

Persaudaraan yang diwujudkan Islam mempunyai kedudukan paling tinggi daripada segala-galanya. Ia dapat dilihat kemuncak kepada persaudaraan ini yang terlaksana dengan jayanya pada zaman kehidupan Rasulullah dan sahabat selepasnya. Lanjutan daripada itu, ukhuwwah yang dibina dan dibentuk oleh Rasulullah juga dapat membentuk sebuah negara Islam yang dihormati dan disegani di seluruh dunia.

Imam al-Ghazali di dalam analisisnya membahagikan persaudaraan ini kepada pecahan yang besar iaitu persaudaraan secara pilihan sendiri atau yang diusahakan dan persaudaraan yang berlaku secara kebetulan.

Daripada penganalisaan itu, beliau selanjutnya mengklasifikasikan persaudaraan kepada empat kategori iaitu pertama, persaudaraan atas dasar untuk mendapatkan keseronokan.

Kedua, persaudaraan atas dasar kepentingan diri sendiri. Ketiga, persaudaraan yang diusahakan untuk mendapat kebahagiaan di akhirat seperti penuntut ilmu yang mengasihi gurunya dan seterusnya yang keempat iaitu persaudaraan yang diusahakan hasil cetusan daripada kesedaran iman dan takwa kepada Allah.

Kategori dibuat oleh Imam al-Ghazali itu, marilah kita kembali menilai diri kita adakah persaudaraan yang kita bina selama ini adalah kerana Allah atau sebaliknya. Persaudaraan yang berlandaskan keredaan Allah adalah satu ibadah dan penunaian ibadah itu akan memberi implikasi kebahagiaan, keampunan dan kejayaan hidup di dunia dan di akhirat. Untuk membuktikan ketepatan dan kebenaran persaudaraan yang sempurna dalam kategori yang keempat, Imam al-Ghazali membawakan contoh doa Rasulullah iaitu yang bermaksud:

"Ya Allah berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat."

Oleh itu, sebarang usaha untuk berkasih sayang, cinta mencintai, hormat menghormati, bekerjasama, tolong-menolong dan sebagainya sesama umat Islam yang diniatkan semata-mata kerana Allah adalah ikatan persaudaraan yang sempurna dalam erti kata yang sebenar.

Seterusnya Islam amat memerlukan supaya ikatan persaudaraan dapat mendalami hingga menjadi satu bangunan yang kuat serta saling berpaut antara satu sama lain. Dalam satu hadis Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Perumpamaan kaum muslimin yang saling kasih mengasihi dan cinta mencintai antara satu sama lain ibarat satu tubuh. Jika salah satu anggota berasa sakit maka seluruh tubuh akan turut berasa sakit dan tidak dapat tidur." (Riwayat Bukhari).

Dalam konteks ini, rohani dan jasmani akan terbentuk melalui ukhuwwah yang dipraktikkan dan sentiasa istiqamah dengannya. Ia juga berperanan sebagai 'jambatan emas' ke arah pencapaian keamanan dan kesejahteraan yang diimpikan oleh setiap manusia ke arah menghalang unsur perpecahan dan permusuhan.

Allah SWT berfirman yang bermaksud :

"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah bersaudara. Oleh itu, damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat. (Surah al-Hujurat : ayat 10)

Pembentukan jasmani yang didasari melalui ikatan ukhuwwah akan berjaya kerana melaluinya manusia dapat melaksanakan apa saja yang mereka ingini ke arah penyempurnaan keperluan hidup mereka. Persaudaraan Islam juga akan melahirkan semangat untuk bekerjasama, bergotong royong dan saling bantu-membantu dalam memenuhi kesempurnaan dalam hidup.

Jika kita meninjau dari aspek rohani pula tersingkap di situ gugusan rahmat Allah SWT yang dikurniakan ke atas mereka yang mengutamakan nilai persaudaraan. Ini bertepatan dengan gesaan Rasulullah SAW kepada umat Islam supaya memperbanyakkan pertemuan di dalam kesempatan ibadah seperti solat berjamaah yang dapat merapatkan lagi hubungan persaudaraan. Oleh itu, tuntutan bersolat jamaah, ziarah menziarahi, memberikan hadiah dan sebagainya amat digalakkan di dalam Islam.

Selepas kita melihat beberapa kelebihan dan kebaikan persaudaraan Islam, kita perlu meyakini bahawa mukmin yang di dalam hatinya ikhlas dan jujur di dalam persaudaraan akan memperolehi dan berasakan betapa indah serta manisnya nikmat iman di dalam dirinya. Dia juga akan memperolehi kepuasan dan kebahagiaan jiwa yang memantapkan rohaninya serta memperkukuhkan ikatannya kepada Allah SWT.

Dalam erti kata yang lain, Rasulullah SAW sentiasa menyarankan bahawa mengeratkan persaudaraan sesama umat Islam adalah satu jambatan yang kita boleh istilahkan sebagai pasport atau visa untuk ke Syurga Allah SWT. Begitulah besarnya hikmat dan ganjaran yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada mereka yang menghubungkan persaudaraan.

Persaudaraan adalah nikmat yang amat berharga kurniaan Allah SWT kepada umat Islam. Islam memandang seluruh umat manusia itu adalah sama dan tiada yang lebih mulia dari yang lain kecuali ketakwaan mereka kepada Allah.

Kita perlu ingat bahawa umat yang berpecah-belah akan menyebabkan hilangnya kekuatan dan menjadi umat yang lemah dan rapuh. Banyak contoh yang boleh dijadikan iktibar. Antaranya kita lihat negara yang tidak bersatu dan suka berpecah-belah, negaranya tidak aman dan harmoni sebaliknya menghadapi berbagai-bagai masalah yang merugikan diri sendiri dan negara.

Kesimpulannya, bagaimana rohani dan jasmani dapat dibentuk melalui persaudaraan adalah kesan daripada prestasi keimanan dan ketakwaan orang mukmin kepada Allah. Dalam erti kata yang sebenar, semakin tinggi dan kukuhnya ikatan persaudaraan di kalangan umat Islam, maka semakin tinggi dan kukuh keimanan dan ketakwaan umat Islam. Sebaliknya pula, perpecahan, persengketaan dan pertumpahan darah yang berlaku di kalangan umat Islam adalah lambang atau simbol kelemahan dan kelunturan iman dan takwa mereka.

Anak mEnantu , CuCu CiCiT yang HAdIr

                                                 Abang Ngah bersama sebahagian anak cucu

                                       Abang Musa bersama anak menantu cucu cicit
                                           Kak  Teh bersama anak menantu dan cucu

                                              Kak Minah bersama anak cucu


                                         Kak Nik bersama anak menantu dan Cucu

                                          Sebahagian anak menantu kak Cik Batu enam



                                          Tambahan dari keluarga Kak Cik Batu enam

                             Abang Mat bersama sebahagian anak menantu dan cucu

                                        Sebahagian anak-anak abang harun

                                   Tambahan anak-anak Kak Minah

                                    Anak cucu  dari arwah Kak yang Sulong

Anak cucu dari Arwah Abang Salim

Anak Menantu dari keluarga Abang Razak

Kak Jarah bersama anak menantu yang hadir.

                                              Bersama 9 orang anak-anak