Friday 9 September 2011

IKATAN PERSAUDARAAN JAMBATAN KE SYURGA


Persaudaraan dalam Islam adalah suatu jalinan aqidah yang menghubungkan umat Islam antara satu sama lain. Ia juga ada kaitan dengan jalinan erat untuk bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

Firman Allah bermaksud:
 "Dan orang yang menempati Kota Madinah dan beriman (Ansar) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka mengasihi orang yang berhijrah kepada mereka. Dan mereka tidak menaruh keinginan di dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (orang Muhajirin) ; dan mereka mengutamakan (orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan. Dan sesiapa yang dipelihara kekikiran dirinya mereka itulah orang-orang yang beruntung." (Surah al-Hasyr : ayat 9).

Persaudaraan sesama muslim adalah ikatan iman paling erat seperti yang dinyatakan Rasulullah di dalam hadis bermaksud: "Ikatan iman yang paling kuat ialah berkasih sayang kerana Allah dan marah kerana Allah."

Daripada perspektif Islam, persaudaraan satu sendi yang menjadi tunjang dalam usaha memperkuatkan binaan masyarakat Islam dan mengeratkan hubungan antara penganutnya. Persaudaraan atas dasar iman sentiasa dijadikan keutamaan di dalam nasihat-menasihati, memberikan khidmat, berkorban dan mengutamakan saudaranya melebihi dirinya sendiri.

Persaudaraan yang diwujudkan Islam mempunyai kedudukan paling tinggi daripada segala-galanya. Ia dapat dilihat kemuncak kepada persaudaraan ini yang terlaksana dengan jayanya pada zaman kehidupan Rasulullah dan sahabat selepasnya. Lanjutan daripada itu, ukhuwwah yang dibina dan dibentuk oleh Rasulullah juga dapat membentuk sebuah negara Islam yang dihormati dan disegani di seluruh dunia.

Imam al-Ghazali di dalam analisisnya membahagikan persaudaraan ini kepada pecahan yang besar iaitu persaudaraan secara pilihan sendiri atau yang diusahakan dan persaudaraan yang berlaku secara kebetulan.

Daripada penganalisaan itu, beliau selanjutnya mengklasifikasikan persaudaraan kepada empat kategori iaitu pertama, persaudaraan atas dasar untuk mendapatkan keseronokan.

Kedua, persaudaraan atas dasar kepentingan diri sendiri. Ketiga, persaudaraan yang diusahakan untuk mendapat kebahagiaan di akhirat seperti penuntut ilmu yang mengasihi gurunya dan seterusnya yang keempat iaitu persaudaraan yang diusahakan hasil cetusan daripada kesedaran iman dan takwa kepada Allah.

Kategori dibuat oleh Imam al-Ghazali itu, marilah kita kembali menilai diri kita adakah persaudaraan yang kita bina selama ini adalah kerana Allah atau sebaliknya. Persaudaraan yang berlandaskan keredaan Allah adalah satu ibadah dan penunaian ibadah itu akan memberi implikasi kebahagiaan, keampunan dan kejayaan hidup di dunia dan di akhirat. Untuk membuktikan ketepatan dan kebenaran persaudaraan yang sempurna dalam kategori yang keempat, Imam al-Ghazali membawakan contoh doa Rasulullah iaitu yang bermaksud:

"Ya Allah berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat."

Oleh itu, sebarang usaha untuk berkasih sayang, cinta mencintai, hormat menghormati, bekerjasama, tolong-menolong dan sebagainya sesama umat Islam yang diniatkan semata-mata kerana Allah adalah ikatan persaudaraan yang sempurna dalam erti kata yang sebenar.

Seterusnya Islam amat memerlukan supaya ikatan persaudaraan dapat mendalami hingga menjadi satu bangunan yang kuat serta saling berpaut antara satu sama lain. Dalam satu hadis Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Perumpamaan kaum muslimin yang saling kasih mengasihi dan cinta mencintai antara satu sama lain ibarat satu tubuh. Jika salah satu anggota berasa sakit maka seluruh tubuh akan turut berasa sakit dan tidak dapat tidur." (Riwayat Bukhari).

Dalam konteks ini, rohani dan jasmani akan terbentuk melalui ukhuwwah yang dipraktikkan dan sentiasa istiqamah dengannya. Ia juga berperanan sebagai 'jambatan emas' ke arah pencapaian keamanan dan kesejahteraan yang diimpikan oleh setiap manusia ke arah menghalang unsur perpecahan dan permusuhan.

Allah SWT berfirman yang bermaksud :

"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah bersaudara. Oleh itu, damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat. (Surah al-Hujurat : ayat 10)

Pembentukan jasmani yang didasari melalui ikatan ukhuwwah akan berjaya kerana melaluinya manusia dapat melaksanakan apa saja yang mereka ingini ke arah penyempurnaan keperluan hidup mereka. Persaudaraan Islam juga akan melahirkan semangat untuk bekerjasama, bergotong royong dan saling bantu-membantu dalam memenuhi kesempurnaan dalam hidup.

Jika kita meninjau dari aspek rohani pula tersingkap di situ gugusan rahmat Allah SWT yang dikurniakan ke atas mereka yang mengutamakan nilai persaudaraan. Ini bertepatan dengan gesaan Rasulullah SAW kepada umat Islam supaya memperbanyakkan pertemuan di dalam kesempatan ibadah seperti solat berjamaah yang dapat merapatkan lagi hubungan persaudaraan. Oleh itu, tuntutan bersolat jamaah, ziarah menziarahi, memberikan hadiah dan sebagainya amat digalakkan di dalam Islam.

Selepas kita melihat beberapa kelebihan dan kebaikan persaudaraan Islam, kita perlu meyakini bahawa mukmin yang di dalam hatinya ikhlas dan jujur di dalam persaudaraan akan memperolehi dan berasakan betapa indah serta manisnya nikmat iman di dalam dirinya. Dia juga akan memperolehi kepuasan dan kebahagiaan jiwa yang memantapkan rohaninya serta memperkukuhkan ikatannya kepada Allah SWT.

Dalam erti kata yang lain, Rasulullah SAW sentiasa menyarankan bahawa mengeratkan persaudaraan sesama umat Islam adalah satu jambatan yang kita boleh istilahkan sebagai pasport atau visa untuk ke Syurga Allah SWT. Begitulah besarnya hikmat dan ganjaran yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada mereka yang menghubungkan persaudaraan.

Persaudaraan adalah nikmat yang amat berharga kurniaan Allah SWT kepada umat Islam. Islam memandang seluruh umat manusia itu adalah sama dan tiada yang lebih mulia dari yang lain kecuali ketakwaan mereka kepada Allah.

Kita perlu ingat bahawa umat yang berpecah-belah akan menyebabkan hilangnya kekuatan dan menjadi umat yang lemah dan rapuh. Banyak contoh yang boleh dijadikan iktibar. Antaranya kita lihat negara yang tidak bersatu dan suka berpecah-belah, negaranya tidak aman dan harmoni sebaliknya menghadapi berbagai-bagai masalah yang merugikan diri sendiri dan negara.

Kesimpulannya, bagaimana rohani dan jasmani dapat dibentuk melalui persaudaraan adalah kesan daripada prestasi keimanan dan ketakwaan orang mukmin kepada Allah. Dalam erti kata yang sebenar, semakin tinggi dan kukuhnya ikatan persaudaraan di kalangan umat Islam, maka semakin tinggi dan kukuh keimanan dan ketakwaan umat Islam. Sebaliknya pula, perpecahan, persengketaan dan pertumpahan darah yang berlaku di kalangan umat Islam adalah lambang atau simbol kelemahan dan kelunturan iman dan takwa mereka.

Anak mEnantu , CuCu CiCiT yang HAdIr

                                                 Abang Ngah bersama sebahagian anak cucu

                                       Abang Musa bersama anak menantu cucu cicit
                                           Kak  Teh bersama anak menantu dan cucu

                                              Kak Minah bersama anak cucu


                                         Kak Nik bersama anak menantu dan Cucu

                                          Sebahagian anak menantu kak Cik Batu enam



                                          Tambahan dari keluarga Kak Cik Batu enam

                             Abang Mat bersama sebahagian anak menantu dan cucu

                                        Sebahagian anak-anak abang harun

                                   Tambahan anak-anak Kak Minah

                                    Anak cucu  dari arwah Kak yang Sulong

Anak cucu dari Arwah Abang Salim

Anak Menantu dari keluarga Abang Razak

Kak Jarah bersama anak menantu yang hadir.

                                              Bersama 9 orang anak-anak

Anak-Anak Hj Sulaiman

31 Ogos 2010 bersamaan 2 Syawal 1432 H ..HIMPUNAN BANI SULAIMAN telah selamat diadakan di Kg  Katak  .. 

                                                  Antara abang-abang yang hadir

                                                       Abang Muhamad Sulaiman
Abang Ngah dan Abang Razak Sulaiman 

Abang Musa Sulaiman

Kak Minah .. Long

Kak Nik  -- Ngah

Abang Harun .. Pak Cik

Ghazali
Kak Cik 

tiga  daripada kami telah kembali ke rahmatullah .Al fatihah

Thursday 8 September 2011

Sejarah Kg Haji Khatib

Hj Khatib  berasal  dari  Pattani / Siam seawal tahun 1880 ,  berkahwin dengan orang tempatan dari sekitar Kuala Nerus .    Nama penuh  Hj Khatib  ialah  Jusoh  bin  Abu Samah   ,Beliau terkenal dengan  nama Hj Khatib setiba di Malaya  mempunyai  rahsia tersendiri , hasil perkahwinan di kurniakan 6 orang anak , 1 lelaki dan 5 perempuan .Mereka   ialah  :-

1- HALIMAH BT JUSOH           - Mak Pok Long mat Tualang
2- SAADAH BT JUSOH             - Mak De som 
3-KHATIJAH BT JUSOH           - Mok Mat Amin Tunggal
4-SITI HAJAR BT JUSOH          - Pak Ali Pak Long Him

5- AWANG@ MAMAT BT JUSOH

Hasil  perkahwinan  Mamat degan anak Pak Tahir dari Kg Tebauk dikurniakan 5 cahaya mata  . 4 Puteri  dan seorang putera  ,, ;-



                                1- Mariam binti Mamat  - Tok Long Yam  - Kg Batu Enam
    2- Fatimah bt Mamat    -  Kg Batu Enam
3- Lijah binti Mamat  - Kg Pak Katak
  4- Sulaiman bin Mamat - Kg Kak katak




Gambar  terakhir  Hj Sulaiman 

Haji Sulaiman bin Mamat di lahirkan 1909 .Meninggal dunia 1974 , dikurniakan 14 orang anak . Beliau merupakan  Pengasas  Surau Kg Pak Katak  tahun 1967 . Juga merupakan tempat rujukan orang-orang kampung seawal tahun 60 an . 
 Sejarah Haji  Sulaiman  bermula ...